Melangkaui Hari Esok, Untuk Rakyat

Program Jaringan PRIHATIN adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia dan salah satu misi #Belanjawan2021 bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik ini. Golongan B40 yang layak untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh menebus sebanyak RM180 hingga RM300 dalam bentuk subsidi pelan data bulanan atau subsidi telefon pintar.

Untuk menyokong inisiatif ini, kami menawarkan pelbagai promo berpatutan seperti pelan data tahunan RM20 dan pakej peranti telefon pintar 4G PERCUMA! #TuneTalkUntukRakyat

Back to payment

Are you eligible?

Cara-cara Untuk Menebus Subsidi Pelan Data

Cara-cara Untuk Menebus Subsidi Pakej Peranti

Klik pada gambar peranti untuk melihat spesifikasi
Sentuh pada gambar peranti untuk melihat spesifikasi

Subsidi PJP RM180

Subsidi PJP RM300

Klik di sini untuk Terma & Syarat atau Soalan Lazim

Bukan pengguna Tune Talk?

Dapatkan SIM anda hari ini dan nikmati penghantaran PERCUMA! (Tambah nilai min. RM30)

Tukar ke Tune Talk

Kekal nombor lama

Beli Sekarang

Dapatkan nombor baharu

ATAU

Dapatkan SIM serendah RM2 sekarang
myNEWSpak-grocer

Muat Turun Aplikasi Tune Talk

   
  1. Apakah program Jaringan Prihatin?

    Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam bentuk peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi.

  2. Bagaimana saya boleh mendapat manfaat daripada program Jaringan Prihatin programme?

    Jika anda layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam program ini.

    Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan dalam program ini;
    Subsidi 1: Rebat subsidi pelan data bulanan; atau
    Subsidi 2: Subsidi pakej peranti.

    Jumlah peruntukan subsidi untuk penerima yang layak adalah seperti berikut.

    • Kategori 1 - Berkahwin dan Bujang tanpa anak bawah 18 tahun

      • Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan

      • Subsidi 2: RM180 subsidi pakej peranti

    • Kategori 2- Berkahwin dan Bujang dengan anak bawah 18 tahun

      • Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan

      • Subsidi 2: RM300 subsidi pakej peranti

    • Sementara itu, nilai manfaat yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi adalah sama tetapi tawaran khusus mungkin berbeza-beza. Cara subsidi yang disalurkan juga bergantung kepada Pemberi Perkhidmatan masing-masing dan pelan data pilihan anda.

  3. Bagaimana untuk menyemak sama ada saya layak untuk Jaringan Prihatin?

    a.Anda layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak kelayakan anda di laman web BPR: https://bpr.hasil.gov.my/.

    Untuk menyemak kelayakan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

    • Langkah 1: Kunjungi laman sesawang: https://bpr.hasil.gov.my/

    • Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang

    • Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik "semak"

  4. Bilakah saya boleh menyertai program Jaringan Prihatin?

    Pendaftaran untuk program ini akan dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Anda boleh mendaftar dengan Pemberi Perkhidmatan terpilih anda. Keseluruhan program ini akan berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.

  5. Berapa lamakah tempoh program Jaringan Prihatin?

    Program Jaringan Prihatin adalah program selama 12 bulan bermula dari masa anda mendaftar. Tarikh terakhir pendaftaran ialah 31 Julai 2021, manakala keseluruhan program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.

  6. Bagaimanakah saya boleh menyertai program Jaringan Prihatin?

    Anda boleh menyertai program Jaringan Prihatin dengan mendaftar dalam tempoh pendaftaran di mana-mana kedai / peniaga sah Tune Talk atau Tune Talk Online Shop.

    Sila semak dengan laman web Tune Talk untuk melihat senarai pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan, dan untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan penebusan subsidi.

  7. Saya layak untuk program Bantuan Prihatin tetapi saya terlepas tarikh akhir untuk menyertai program Jaringan Prihatin, masih bolehkah saya mendaftar?

    Tidak, anda tidak akan dapat mendaftar jika anda terlepas tarikh akhir pendaftaran pada 31 Julai 2021, walaupun anda adalah penerima BPR yang layak.

  8. Bagaimana saya boleh membuat rayuan jika saya menghadapi sebarang isu?

    Untuk pertanyaan atau rayuan berkaitan kelayakan BPR, sila layari laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my) atau hubungi talian hotline BPR (1800-88-2747) untuk makluman lanjut. Tempoh rayuan BPR seterusnya akan berlangsung dari 15 Jun - 30 Jun 2021.

    Untuk sebarang perkara lain yang berkaitan Tune Talk, sila hubungi penyedia perkhidmatan pilihan anda secara langsung.

  9. Berapa kali boleh saya sertai program Jaringan Prihatin?

    Setiap pemegang MyKad yang layak dibenarkan untuk menyertai program Jaringan Prihatin hanya sekali dalam tempoh pendaftaran dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan menukar pendaftaran anda kepada penyedia perkhidmatan lain semasa program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2022.

  10. Adakah saya perlu melalui keseluruhan proses pemeriksaan dan pendaftaran kelayakan setiap bulan?

    Tidak, anda hanya perlu menjalani keseluruhan proses pemeriksaan dan pendaftaran kelayakan sekali. Pelan ini akan diperbaharui secara automatik setiap bulan dengan subsidi RM15 diterapkan, sehingga semua dua belas kali subsidi telah digunakan. Harap maklum jika anda telah menghentikan pendaftaran Jaringan Prihatin dengan Tune Talk sebelum ini, anda diminta untuk menjalani proses pemeriksaan dan pendaftaran kelayakan sekali lagi sebelum melanggan pelan data bulanan.

  11. Bagaimana untuk menebus subsidi Jaringan Prihatin saya?

    Setelah berjaya mendaftar ke program ini, anda boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin anda melalui aplikasi Tune Talk atau di kedai Tune Talk. Subsidi akan ditetapkan untuk membayar jumlah langganan secara automatik.

  12. Saya sudah memohon untuk beralih ke Tune Talk dan mempunyai nombor sementara. Bolehkah saya mendaftar terlebih dahulu atau perlukah saya menunggu untuk proses port-in selesai?

    Anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga proses port-in anda berjaya untuk mendaftar dan melanggan pelan data atau pakej peranti PJP kami. Jika tidak, anda perlu menghentikan program ini terlebih dahulu dan daftar 30 hari selepas tarikh tersebut untuk menggunakan nombor lama anda. Pertukaran nombor juga tidak dibenarkan untuk pakej peranti.

  13. Setelah mendaftar Jaringan Prihatin bersama Tune Talk, bolehkah saya beralih ke penyedia perkhidmatan lain?

    Ya. Anda boleh beralih ke penyedia perkhidmatan lain setelah menyelesaikan proses penamatan dengan Tune Talk.

  14. Berapa kalikah saya boleh beralih ke penyedia perkhidmatan Jaringan Prihatin yang lain?

    Anda boleh beralih sebanyak 3 kali dari satu penyedia perkhidmatan ke penyedia perkhidmatan yang lain, tetapi peralihan hanya dibenarkan selepas 30 hari dari hari pendaftaran anda dengan penyedia perkhidmatan semasa.

  15. Apa yang berlaku jika saya menamatkan subsidi Jaringan Prihatin dengan Tune Talk? Adakah saya masih dapat meneruskan pelan data bulanan yang sama?

    Setelah berjaya menamatkan pendaftaran Program Jaringan Prihatin dengan Tune Talk, anda masih boleh terus melanggan pelan data bulanan yang sama. Walaubagaimanapun, subsidi bulanan RM15 untuk pelan data tidak boleh ditebus dan digunakan, oleh itu anda perlu membeli pelan data bulanan dengan harga runcit yang disyorkan.

  16. Adakah saya perlu mendaftar dan menebus subsidi saya pada hari yang sama?

    Anda tidak wajib Mendaftar dan Menebus Subsidi Jaringan Prihatin anda pada hari yang sama. Anda boleh mendaftar dan menebus Subsidi Jaringan Prihatin pada tarikh yang berbeza, namun anda perlu melakukan penebusan pertama sebelum 31 Julai 2021 untuk memastikan anda dapat menikmati kesemua dua belas kitaran subsidi Jaringan Prihatin bulanan RM15.

  17. Saya layak untuk Program Jaringan Prihatin, dan saya mempunyai 2 nombor telefon bimbit. Bolehkah saya menuntut subsidi Jaringan Prihatin pada kedua-dua nombor tersebut?

    Tidak, hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap Kad Pengenalan individu yang layak. Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.

  18. Bagaimana saya tahu sekiranya saya telah menerima subsidi bulanan RM15? Adakah ia akan dipaparkan pada akaun saya sebagai kredit RM15?

    etelah berjaya menebus subsidi Jaringan Prihatin bulanan RM15 untuk pelan data, ia akan dipaparkan di bawah halaman Jaringan Prihatin pada aplikasi Tune Talk anda.

  19. Adakah saya akan mendapat RM15 dalam bentuk kredit atau tambah nilai setiap bulan selama 12 bulan melalui program ini?

    Tidak, subsidi Jaringan Prihatin bulanan RM15 tidak akan diberikan dalam bentuk kredit. Ianya akan diterapkan sebagai diskaun untuk pelan Jaringan Prihatin pilihan anda, membolehkan anda membeli pelan Jaringan Prihatin dengan harga yang lebih murah (dengan potongan harga RM15).

  20. Sekiranya status akaun saya sekarang dalam tempoh tangguhan atau lebih dikenali sebagai Grace Period (G1), adakah saya masih boleh mendaftar dan menebus subsidi pelan Data bulanan Jaringan Prihatin?

    Anda akan dapat mendaftar untuk program Jaringan Prihatin tetapi tidak dapat menebus subsidi Jaringan Prihatin RM15. Pastikan anda berada dalam status "AC" Aktif dengan menambah nilai sebelum menebus dan melanggan pelan Data Bulanan Jaringan Prihatin RM15.

  21. Saya baru sahaja melanggan pelan data sebelum mendaftar Subsidi Jaringan Prihatin dengan Tune Talk, bolehkah subsidi RM15 saya digunakan untuk pelan ini?

    Tidak, subsidi Jaringan Prihatin bulanan RM15 tidak dapat diterapkan pada pelan Data yang telah dibeli sebelum pendaftaran program ini. Anda boleh membeli pelan data bulanan baru dengan subsidi Jaringan Prihatin bulanan RM15 yang ditawarkan. Harap maklum, bergantung pada status semasa langganan pelan data anda, anda dapat memilih untuk menghabiskan baki kuota sebelum melanggan pelan Data Jaringan Prihatin atau anda boleh melanggan pelan data Jaringan Prihatin dengan segera, tetapi baki kuota data yang dilanggan akan dibatalkan.

  22. Adakah program Jaringan Prihatin ini merangkumi perlindungan Insurans Kemalangan Diri Percuma?

    Ya. Sekiranya jumlah tambah nilai kolektif yang dibuat dan subsidi Jaringan Prihatin adalah RM50 atau lebih pada bulan tertentu, maka pelanggan akan dilindungi untuk Insurans Kemalangan Diri percuma pada bulan berikutnya.

  23. Sekiranya saya melanggan pelan Data JPM10 menggunakan subsidi Jaringan Prihatin bulanan RM15, adakah saya masih akan mendapat Mata BIG Tune Talk seperti sebelum ini?

    Ya, namun mata BIG Tune Talk yang akan dikreditkan bergantung pada tambah nilai yang dibuat. Sebagai contoh, jika anda menambah nilai RM40 (RM20 x 2) untuk melanggan JPM10 dan menggunakan subsidi Jaringan Prihatin bulanan RM15, anda hanya akan mendapat 80 Mata BIG Talk (40 Mata BIG Tune Talk x 2), berbanding dengan 120 Mata BIG Tune Talk yang anda biasa dapat semasa menambah nilai RM50 untuk melanggan pelan M10.

  1. Apakah pelan data Jaringan Prihatin?

    Pelan data Jaringan Prihatin adalah pelan yang dirancang khusus untuk pelanggan yang layak di bawah Program Jaringan Prihatin dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia.

  2. Berapa banyak pelan data Jaringan Prihatin yang dapat saya tuntut dan langgan?

    Pelanggan yang layak berhak menuntut satu (1) langganan bersubsidi setiap bulan kalendar. Kaunter subsidi Jaringan Prihatin ditetao semula setiap bulan kalendar baharu.

  3. Saya layak untuk program Jaringan Prihatin dan saya mempunyai 2 nombor telefon bimbit. Bolehkah saya membuat tuntutan ke atas kedua-dua nombor?

    Tidak, hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap Kad Pengenalan individu yang layak. Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.

  4. Bagaimana jika saya tidak dapat menggunakan subsidi RM15 saya bulan ini, adakah saya boleh menggunakannya di bulan berikutnya?

    Tidak, jumlah subsidi tidak akan dibawa ke bulan seterusnya. Pelan akan diperbaharui secara automatik dan jumlah subsidi untuk pelan ini akan dituntut setiap bulan.

  5. Bolehkah saya menggunakan subsidi RM15 untuk melanggan sebarang pelan yang ditawarkan oleh Tune Talk?

    Anda boleh melanggan sebarang pelan Tune Talk di bawah program Jaringan Prihatin. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menggunakan subsidi RM15 untuk melanggan promosi Tune Talk yang lain.

  6. Saya telah menghentikan langganan pelan data Jaringan Prihatin secara tidak sengaja. Bolehkah saya melanggannya semula?

    Tidak, anda tidak boleh melanggan pelan data Jaringan Prihatin dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, anda boleh melanggan sebarang pelan data Tune Talk bukan di bawah program Jaringan Prihatin (tertakluk pada pelantarif anda). Sebaik sahaja bulan baru bermula, anda boleh melanggan semula pelan data Jaringan Prihatin.

  7. Adakah data Jaringan Prihatin akan diperbaharui secara automatik?

    Ya, pelan data Jaringan Prihatin diperbaharui secara automatik. Pelanggan perlu memastikan bahawa mereka mempunyai baki kredit yang mencukupi di akaun mereka untuk pembaharuan automatik setiap bulan.

  8. Apa yang berlaku sekiranya baki kredit saya tidak cukup semasa pembaharuan automatik?

    Pelan ini tidak akan diperbaharui secara automatik. Walau bagaimanapun, anda boleh melanggan semula pelan data Jaringan Prihatin jika sudah melebihi 30 hari dari tempoh tamat langganan data Jaringan Prihatin terakhir anda.

  9. Berapa banyak kredit yang diperlukan dalam akaun saya untuk melanggan pelan Jaringan Prihatin?

    Jadual di bawah menunjukkan jumlah yang perlu dibayar untuk melanggan pelan Jaringan Prihatin.


    Pelan
    Harga
    Subsidi PJP
    Baki Tambah Nilai
    Bulanan - 4GB
    RM28
    RM15
    RM13
    Bulanan - 8GB
    RM48
    RM15
    RM33
    Bulanan - 6GB
    RM28
    RM15
    RM13
    Bulanan - 10GB
    RM48
    RM15
    RM33
    Bulanan - Tune Unlimited
    RM48
    RM15
    RM33
    TE 5GB - WOW30
    RM30
    RM15
    RM15
    TE 15GB - WOW60
    RM60
    RM15
    RM45
    TE 20GB - WOW90
    RM90
    RM15
    RM75
    Tahunan - 120GB - Bulanan
    RM200
    RM180
    RM20
    Bulanan 6GB + Vivo Y1s
    RM28
    RM0.00
    RM28
    Tahunan 120GB + Vivo Y1s
    RM200
    RM0.00
    RM200
    2GB/60 minit (Bonus)
    RM0.00
    RM0.00
    RM0.00
    Slide table to the left/right to see more >>
  10. Saya adalah pelanggan Tune Talk yang melanggan pelan Y120 dan ianya merupakan langgan bulan ke-5 saya. Bagaimana untuk memohon subsidi Jaringan Prihatin RM15?

    Untuk memastikan pengalaman yang terbaik, anda disarankan untuk Mendaftar dan menebus subsidi anda dengan nombor baharu untuk mengelakkan kehilangan baki data pada langganan Y120 yang sedia ada.

  11. Bilakah internet berkelajuan tinggi 2GB PERCUMA boleh digunakan?

    Pelanggan dibenarkan untuk menebusnya pada bila-bila masa di aplikasi Tune Talk mereka. Setelah diaktifkan, pelanggan diberi tempoh masa 60 minit untuk menggunakan 2GB PERCUMA.

  12. Apakah yang akan berlaku jika saya telah menghabiskan semua kuota data dan terpaksa melanggan pelan / booster tambahan lain, bolehkah saya menggunakan subsidi Jaringan Prihatin RM15 saya?

    a.Subsidi Jaringan Prihatin RM15 hanya boleh digunakan untuk pelan data bulanan terpilih. Untuk pembelian booster, anda boleh menambah nilai jumlah yang diperlukan dan melanggan seperti biasa. Anda tidak dinasihatkan untuk melanggan pelan lain tetapi booster dikecualikan. Ini untuk memastikan pembaharuan pelan Jaringan Prihatin dengan subsidi bulanan RM15 yang diterapkan berjalan dengan lancar sepanjang tempoh program ini.

  13. Bolehkah saya bertukar ke pelan Jaringan Prihatin lain dan masih menikmati subsidi Jaringan Prihatin bulanan RM15?

    Untuk menukar ke pelan Jaringan Prihatin lain dan nikmati subsidi bulanan RM15, anda mesti terlebih dahulu (STOP / berhenti melanggan) pelan data semasa anda sebelum tarikh pembaharuan dan melanggan pelan Jaringan Prihatin baharu melalui aplikasi SelfCare. Harap maklum bahawa anda hanya boleh menebus subsidi bulanan RM15 hanya sekali setiap bulan kalendar. Oleh itu, penebusan pelan baharu hanya boleh dilakukan pada bulan kalendar berikutnya jika anda telah menebus pelan sedia ada untuk bulan semasa.

  14. Adakah pelan pilihan saya akan diperbaharui secara automatik setiap bulan?

    Ya, dengan syarat anda mempunyai baki kredit yang mencukupi dalam akaun anda. Pelan Data Jaringan Prihatin bulanan yang dipilih akan diperbaharui secara automatik setiap bulan dengan subsidi bulanan RM15 digunakan sehingga kuota habis digunakan, kecuali anda memutuskan untuk menghentikan pendaftaran Jaringan Prihatin anda bersama Tune Talk.

  1. Bagaimana saya boleh menyemak sama ada saya layak untuk tawaran pakej peranti?

    a.Anda boleh menyemak kelayakan anda dengan mengisi nombor Kad Pengenalan di halaman PJP di sini.

  2. Berapa lamakah tempoh penebusan subsidi pakej peranti RM180?

    Semua penebusan untuk pakej peranti (sama ada RM180 atau RM300) harus dilakukan dalam tempoh pendaftaran dan penebusan yang bermula pada 5 Mei 2021 dan berakhir pada 31 Julai 2021. Sebarang percubaan untuk menebus subsidi pakej peranti dari 1 Ogos 2021 dan selepas tarikh tersebut tidak akan berjaya.

  3. Saya mendaftar untuk pakej peranti sebelum 5 Mei 2021 (Tarikh permulaan program Jaringan Prihatin). Bolehkah saya menggunakan subsidi peranti RM180 untuk pakej itu?

    Tidak, subsidi pakej peranti program Jaringan Prihatin hanya boleh ditebus untuk peranti terpilih yang ditawarkan oleh Tune Talk atau penyedia perkhidmatan yang lain. Namun begitu, anda berhak menggunakan subsidi RM15 sebulan.

  4. Sekiranya Pelanggan yang layak sudah berkahwin atau bujang tapi mempunyai anak, dan memilih subsidi Jaringan Prihatin RM300, adalah ada pelan tertentu yang perlu dilanggan?

    Sekiranya Pelanggan yang layak tersebut memilih subsidi RM300, mereka hanya boleh menebus RM300 untuk pakej peranti (iaitu peranti mudah alih bersama pelan data) sahaja.

  5. Bagaimana untuk menjejak bungkusan saya setelah membuat pembelian?

    Anda boleh menjejaki bungkusan anda dengan menggunakan nombor penjejakan yang akan dihantar melalui e-mel.

  6. Bilakah saya akan menerima pesanan peranti tersebut?

    Penghantaran akan mengambil masa antara 3 - 8 hari bekerja (bergantung pada lokasi) setelah penebusan berjaya dilakukan.

    Lokasi
    Penjangkaan Masa Penghantaran
    Semenanjung Malaysia
    2 ke 5 Hari Bekerja
    Sabah dan Sarawak
    5 ke 8 Hari Bekerja
  7. Bila dan bagaimana untuk mengetahui jika pelan saya telah diperuntukkan?

    Pelan anda akan diperuntukkan dalam tempoh masa 24-48 jam setelah penebusan berjaya. Anda boleh menyemak status pelan dan penggunaannya melalui aplikasi Tune Talk.

  8. Bilakah pembaharuan data bulanan saya akan berlaku?

    Pelan data bulanan anda akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari dengan syarat anda mempunyai kredit yang mencukupi pada saat pembaharuan. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai keperluan baki kredit untuk pembaharuan pelan, sila rujuk jadual di bawah:

    Pakej Peranti
    Nama Pelan
    Baki kredit yang diperlukan untuk pembaharuan pelan data bulanan
    Pakej PJP A
    Y120
    Tidak perlu pembaharuan pelan selama 1 tahun
    Pakej PJP B
    M6
    RM28
    Pakej PJP C
    M20
    RM42
    Pakej PJP D
    M10
    RM48
  9. Bolehkah saya terus menggunakan pelan data setelah kontrak berakhir?

    Ya. Anda boleh terus melanggan pelan data seperti biasa. Langganan boleh dilakukan melalui aplikasi Tune Talk.

  10. Siapa yang harus saya hubungi jika pelan data saya tidak diperuntukkan?

    a.Untuk maklum balas yang pantas, sila e-mel kami di customer.care@tunetalk.com atau hubungi talian kami +603-2771 7000. Anda juga boleh berbual langsung dengan kami di tunetalk.com/help/livechat

  11. Bagaimana jika data bulanan saya kehabisan?

    Anda boleh menambah Booster 10GB kami dan melanggannya pada harga RM10 melalui aplikasi Tune Talk ATAU menghantar SMS "B10" ke "2222".

  12. Bolehkah saya melanggan pelan lain ketika melanggan pelan data semasa?

    a.Langganan pelan semasa anda akan hilang sekiranya anda melanggan pelan lain. Hanya satu pelan data yang boleh diaktifkan dalam satu masa. Untuk tambahan data, anda boleh membeli Booster 10GB kami.

  13. Adakah pelan peranti saya akan dinyahaktifkan jika saya tidak mempunyai baki kredit yang mencukupi semasa pembaharuan pelan?

    Ya, pakej peranti akan dinyahaktifkan jika anda tidak mempunyai baki kredit yang mencukupi dalam akaun anda semasa pembaharuan pelan.

  14. Bolehkah saya meneruskan pelan peranti saya setelah mempunyai baki kredit yang mencukupi?

    Ya, anda boleh melanggan semula pelan data setelah menambah nilai dan mempunyai baki kredit yang mencukupi.

  15. Apa yang akan berlaku sekiranya saya berhenti melanggan Pakej Peranti Tahunan secara tidak sengaja? Bolehkah saya terus menggunakan pelan ini?

    Tidak, anda tidak akan dapat terus menggunakan pelan tersebut kerana ianya telah dibatalkan. Anda perlu melanggan pelan data baharu.

  16. Saya telah menggunakan sebahagian subsidi yang ditebus dari Program Jaringan Prihatin saya untuk Pelan Data Bulanan, bolehkan saya menggunakan baki tersebut untuk Pakej Peranti?

    Hanya pemohon yang belum menggunakan sebarang subsidi Program Jaringan Prihatin mereka yang berhak untuk melanggan / menebus Pakej Peranti. Sekiranya anda telah menggunakan sebahagiannya untuk pelan data bulanan, anda boleh terus menebus subsidi tersebut selama dua belas bulan sehingga habis digunakan.

  17. Saya baru sahaja mendaftar untuk Program Jaringan Prihatin dengan Tune Talk dan ingin membeli Pakej Peranti; bolehkah saya melanggannya pada bila-bila masa ketika tempoh Program Jaringan Prihatin berlangsung?

    Semua pakej peranti Jaringan Prihatin Program perlu ditebus / dibeli ketika tempoh pendaftaran dan penebusan dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021. Sebarang percubaan untuk membeli pakej peranti Jaringan Prihatin Program dari 1 Ogos 2021 dan selepas tarikh tersebut tidak akan berjaya.

  18. Adakah peranti saya mempunyai sokongan jaminan?

    Ya, jaminan 1 tahun akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja anda memasang peranti anda dan mempunyai akses internet.

  19. Apa yang perlu dilakukan sekiranya peranti saya rosak?

    Untuk sebarang masalah peranti, sila bawa peranti dan slip jaminan anda ke mana-mana Pusat Servis Vivo. Cari Pusat Servis Vivo terdekat di http://www.vivo.com/my/support/serviceCenter

  1. Siapakah yang layak menyertai program Jaringan Prihatin?

    Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin. Pemohon Utama BPR bagi setiap isi rumah layak menyertai program ini.

  2. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya bujang tanpa anak?

    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda bujang tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej peranti.

  3. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya bujang dan mempunyai anak atau merupakan ibu/bapa tunggal?

    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda ibu/bapa tunggal dengan anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti.

  4. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya sudah berkahwin dan tiada anak-anak?

    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan tiada anak-anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej peranti.

  5. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya berkahwin dan mempunyai anak-anak?

    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti.

  6. Anak-anak saya berusia lebih 18 tahun dan masih menetap di rumah saya; adakah saya layak menerima subsidi pakej peranti RM300?

    Tidak, anda hanya layak menerima subsidi pakej peranti RM300 jika anak-anak anda berumur di bawah 18 tahun.

  7. Saya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing dan kami mempunyai anak-anak. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin?

    Jika anda seorang warganegara Malaysia yang layak menerima BPR dan berkahwin dengan warganegara asing, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda layak menerima RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti.

  8. Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada pendaftaran BPR saya berjaya?

    Untuk mengetahui sama ada pendaftaran BPR anda berjaya, sila ikuti langkah-langkah berikut:

    • Langkah 1: Kunjungi laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my/

    • Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang

    • Langkah 3: Masukkan nombor IC anda dan klik "semak"

  9. Adakah Jaringan Prihatin menerima permohonan daripada pelanggan asing dari luar negara?

    Tidak, hanya warganegara Malaysia yang mendapat BPR layak menyertai program Jarigan Prihatin.

  10. Saya tidak layak untuk program ini; bolehkah saya membuat rayuan status kelayakan saya?

    Semua penerima BPR adalah layak untuk program Jaringan Prihatin. Jika anda telah dianggap tidak layak untuk program Jaringan Prihatin, sila dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelayakan BPR, melalui laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my) atau hubungi talian hotline BPR (1800-88-2747). Tempoh rayuan BPR seterusnya akan berlangsung dari 15 Jun - 30 Jun 2021.

  11. Saya layak untuk program Jaringan Prihatin dan saya mempunyai 2 nombor telefon bimbit. Bolehkah saya membuat tuntutan ke atas kedua-dua nombor?

    Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap Kad Pengenalan individu yang layak. Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.

  12. Bagaimanakah pembayaran akan dibuat kepada penerima subsidi Jaringan Prihatin?

    Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti mana-mana Penyedia Perkhidmatan yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.

    Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar, akan berbeza-beza mengikuti Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian. Penerima subsidi boleh merujuk kepada laman web Pemberi Perkhidmatan yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  13. Adakah penerima subsidi Jaringan Prihatin dibenarkan untuk membuat tuntutan kepada Pemberi Perkhidmatan yang berbeza sepanjang tempoh program selama 12 bulan?

    Ya, penerima yang layak dibenarkan untuk menuntut subsidi Jaringan Prihatin daripada maksimum empat (4) Pemberi Perkhidmatan yang berbeza dalam tempoh program selama 12 bulan. Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan satu (1) Pemberi Perkhidmatan pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut.

    Sila rujuk laman web Pemberi Perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan dan penukaran.

  14. Bolehkah penerima membuat lebih daripada satu (1) tuntutan melalui satu Kad Pengenalan?

    Tidak. Setiap penerima yang layak hanya dibenarkan membuat satu tuntutan bagi setiap Kad Pengenalan di bawah program Jaringan Prihatin.

  15. Bolehkah penerima subsidi memindahkan Subsidi Jaringan Prihatin kepada mana-mana orang lain?

    Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin adalah terikat dengan Kad Pengenalan penerima individu tersebut dan oleh itu tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga.

  16. Bolehkah penerima subsidi mengeluarkan Subsidi Jaringan Prihatin sebagai wang tunai?

    Tidak, subsidi tersebut tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.

Response time: 0.81688404083252
  1. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  2. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  3. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  4. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  5. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  6. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  7. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  8. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  9. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  10. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  11. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  12. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  13. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  14. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  15. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  16. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  17. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  18. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  19. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  20. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  21. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  22. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  23. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  24. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  25. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  26. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  27. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  28. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  29. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  30. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  31. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  32. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  33. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  34. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  35. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  36. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  37. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  38. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  39. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  40. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  41. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  42. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  43. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  44. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  45. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  46. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  47. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  48. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  49. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  50. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  51. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  52. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  53. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  54. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  55. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  56. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  57. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  58. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  59. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  60. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  61. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  62. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  63. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  64. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  65. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  66. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  67. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  68. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  69. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  70. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  71. select * from `rainlab_translate_attributes` where `locale` = ? and `model_id` = ? and `model_type` = ? limit 1
  72. select * from `rainlab_translate_locales` where `code` = ? limit 1
  73. select `id` from `tunetalk_coolplan_countries` where `iso_code_2` = ? limit 1
  74. select `name` from `tunetalk_coolplan_states` where `countries_id` = ?