Panggilan suara HD dengan rangkaian 4G sambil layari internet
Panggilan lebih jelas dengan rangkaian WiFi stabil setiap masa
VoLTE atau Voice over LTE membolehkan anda membuat panggilan dengan audio berkualiti HD dan alami rangkaian 4G LTE yang lancar. Anda juga boleh menukar aplikasi ketika membuat panggilan dan menyiapkan tugasan pada masa yang sama, tanpa sebarang gangguan data.
Panggilan berkualiti tinggi & bersuara jelas
Tiada gangguan data ketika panggilan
Berhubung dengan tersayang serta-merta
Pertama, pastikan peranti anda menyokong VoLTE. Semak senarai peranti.
VoWiFi atau Voice over WiFi membolehkan anda membuat dan menerima panggilan dengan lancar melalui rangkaian WiFi, walaupun dengan liputan atau isyarat mudah alih yang terhad.
Panggilan WiFi
Alami panggilan berkualiti tinggi dengan mana-mana rangkaian WiFi
Tiada Signal, Tiada Masalah
Buat panggilan di mana sahaja dengan liputan mudah alih yang terhad
Jimat Data Internet
Panggilan VoWiFi tidak menggunakan sebarang kuota data dari pelan anda
Aktifkan VoLTE dan pastikan peranti anda menyokong VoWiFi & perisiannya telah dinaiktaraf ke versi terkini.
Semak Senarai Peranti.
Register for a new SIM pack and we will ship it to you for FREE!
say bye to your old telco
with a new number
VoWiFi atau WiFi Calling ialah perkhidmatan yang membolehkan pengguna untuk membuat dan menerima panggilan & SMS menggunakan WiFi.
VoWiFi sedia ada untuk semua pelanggan Tune Talk yang menggunakan peranti yang VoWiFi dan telah mengaktifkan VoLTE. Rujuk senarai peranti yang menyokong VoWiFi.
Kadar standard caj panggilan VoWiFi untuk panggilan suara bergantung pada pelan mudah alih yang digunakan. Jika pelan mudah alih anda disertakan dengan minit suara, maka panggilan VoWiFi akan menggunakan minit ini. Jika tidak, panggilan akan dicaj kadar standard Pay-Per-Use sebanyak RM0.22 seminit.
Tiada bayaran untuk aktifkan VoWiFi. Sama seperti VoLTE, ia adalah percuma dan tiada caj pengaktifan.
Tidak,anda tidak perlu hubungi Khidmat Pelanggan atau aktifkan melalui Aplikasi TuneTalk. Anda hanya perlu pastikan:
Setelah syarat dipenuhi, pilihan untuk aktifkan/nyahaktifkan “VoWiFi” atau “WiFi calling” akan terpapar pada tetapan peranti anda.
VoWiFi bergantung pada kekuatan isyarat rangkaian WiFi yang bersambung dengan peranti. Di kawasan sesak seperti lapangan terbang, pusat membeli-belah atau kafe, ini boleh menyebabkan gangguan panggilan atau latensi tinggi dalam sambungan yang akan menjejaskan kualiti panggilan.
Ya, boleh. Harap maklum bahawa caj Kadar Standard Panggilan IDD akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Kadar Standard Panggilan IDD.
Buat masa ini, VoWiFi disokong oleh peranti ini:
Tidak, anda tidak perlu menukar SIM untuk menggunakan VoWiFi, hanya pastikan SIM semasa anda adalah LTE- SIM.
Panggilan VoWiFi tidak akan menggunakan sebarang kuota data daripada pelan data mudah alih anda.
Ya, anda boleh membuat dan menerima panggilan secara lancar dengan VoWiFi jika menggunakan eSIM.
Ya, anda boleh membuat panggilan VoWiFi dan melayari internet pada masa yang sama, selagi peranti anda bersambung dengan rangkaian WiFi.
Peranti yang berbeza mempunyai langkah berlainan untuk mengaktifkan VoWiFi / WiFi Calling. Secara umum, anda boleh mengaktifkan VoWiFi melalui langkah berikut:
Peranti Android:
Buka Settings > Mobile Network > Mobile Data > WiFi Calling > Aktifkan WiFi Calling/VoWiFi
Peranti iOS:
Buka Settings > Mobile Data > Data plans > WiFi Calling > Aktifkan WiFi Calling
Ya, anda boleh menggunakan perkhidmatan VoWiFi dengan mana-mana Hotspot WiFi. Walaubagaimanapun, ini tertakluk pada penyedia perkhidmatan WiFi anda kerana panggilan VoWiFi boleh disekat oleh pembekal WiFi tersebut dengan menggunakan konfigurasi penghala tertentu.
Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan isu ini: