Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

19 Ogos, 2022 Notifikasi Aplikasi Tanpa Izin Info Lanjut

Roaming & IDD

Bagaimanakah untuk aktifkan IDD?

Perkhidmatan IDD sudah tersedia pra-aktif untuk semua kad SIM Tune Talk. Anda boleh menikmati kadar istimewa IDD kami sebaik sahaja anda mengaktifkan kad SIM Tune Talk anda.

Apakah kadar IDD Tune Talk?

Anda boleh lihat senarai kadar di sini.

Bagaimanakah untuk membuat panggilan IDD?

Jika anda membuat panggilan ke nombor telefon bimbit luar negara, masukkan +(kod akses antarabangsa) diikuti dengan (kod negara) dan (nombor telefon bimbit dengan awalan rangkaian), kemudian tekan Panggil.

Contoh: Jika anda menghubungi nombor telefon bimbit UK:

Kod Akses Antarabangsa dari Malaysia :00
Kod Negara UK : 44
Nombor telefon bimbit dengan awalan rangkaian: 077-87788778
Anda hendaklah mendail : +00447787788778 dan tekan Panggil

Jika anda membuat panggilan ke talian tetap luar negara, masukkan +(kod akses antarabangsa) diikuti dengan (kod negara) dan (nombor talian tetap dengan awalan rangkaian), kemudian tekan Panggil.

Contoh: Jika anda menghubungi nombor talian tetap Australia:

Kod Akses Antarabangsa dari Malaysia : 00
Kod Negara Australia : 61
Nombor talian tetap dengan awalan rangkaian: 03-88881111
Anda hendaklah mendail :+0061388881111 dan tekan Panggil

Jika anda menghubungi nombor Singapura, masukkan 02(nombor telefon bimbit/talian tetap), kemudian tekan Panggil

Contoh: Jika anda menghubungi nombor telefon bimbit Singapura berikut: 97799779

Dail: 0297799779 dan tekan Panggil.