Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

19 Ogos, 2022 Notifikasi Aplikasi Tanpa Izin Info Lanjut

Pelan Prabayar

Apakah Pelan Tarif Pek VALUE Tune Talk (TTVP)? Bagaimanakah untuk menjadi pelanggan Pek VALUE Tune Talk (TTVP)?

Pek TTVP sah untuk pelanggan Tune Talk baharu yang diaktifkan, pendaftaran betukar ke Tune Talk antara 14 Januari 2019 (“Tarikh Berkuatkuasa”) hingga 25 Ogos 2019 (“Tarikh Tamat”) dan talian Tune Talk yang sedia ada yang telah membuat permohonan untuk bertukar kepada pek TTVP .

Apakah kelebihan TTVP yang baharu?

Bakul berasingan kuota penstriman Video 6GB atau 40GB akan diperuntukkan secara automatik dengan sebarang langganan kepada RM28 Bulanan atau RM48 Bulanan TTVP. Kuota penstriman Video akan digunakan sebelum pelan data asas atau internet asas (bagi mereka yang tidak mempunyai pelan data atau data percuma) untuk menstrim daripada aplikasi Video yang disenaraikan.

Apakah itu kuota asas, pas tanpa had dan kuota penstriman video?

Kuota asas ialah jumlah kuota tetap dalam pelan langganan bulanan, di mana ia disertakan dengan pas tanpa had dan kuota penstriman video.

Sebagai contoh, jika anda melanggan Pelan RM28 (M6) kami, anda akan mendapat 6GB data yang disertakan dengan pas Sosial dan Sembang Tanpa Had serta kuota penstriman Video 6GB selama 30 hari.

Pas Sembang Tanpa Had akan membolehkan anda menggunakan WhatsApp (salah satu aplikasi yang layak) seberapa banyak yang anda perlukan tanpa ditolak dari kuota asas 6GB anda. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan Spotify (aplikasi yang layak dalam pas Muzik Tanpa Had), ia akan ditolak daripada kuota asas 6GB anda.

Kuota Penstriman Video akan membolehkan anda menggunakan YouTube (salah satu aplikasi yang layak) daripada kuota video 6GB anda. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan sepenuhnya kuota video anda, ia akan ditolak daripada kuota asas 6GB anda.

Bolehkah saya menggunakan telefon pintar saya untuk berkongsi data apabila saya melanggan Pelan VALUE Tune Talk?

Ya, anda boleh. Harap maklum bahawa kuota data akan ditolak daripada kuota asas atau kuota booster anda, jika berkenaan untuk pelan data yang terpilih.

Adakah ini polisi terbaharu?

Tidak, pelan data untuk Value Tune Talk sentiasa ditetapkan untuk kegunaan individu seperti yang dinyatakan dalam polisi kami. Sila rujuk Polisi Penggunaan Saksama (FUP) Tune Talk untuk maklumat lanjut.

Adakah saya masih boleh sambung/kongsi data jika saya telah menggunakan kesemua data daripada kuota asas saya?

Sekiranya pelanggan ingin terus menggunakan hotspot telefon mudah alih pada kelajuan tinggi, pelanggan boleh membeli MI Booster yang tersedia untuk pelan MI aktif terpilih.

Bagaimanakah untuk saya menyemak status atau baki kuota pelan data saya?

Untuk menyemak ini, anda boleh SMS STATUS ke 2222.

Apakah kelebihan Internet Asas Percuma (FBI) dan bagaimanakah untuk dapatkannya?

Internet Asas Percuma (FBI) ialah perkhidmatan yang membolehkan pengguna Tune Talk yang telah kehabisan pakej data yang sedia ada (bonus, internet telefon mudah alih, berbayar atau percuma) atau tiada pakej data untuk menikmati sambungan berterusan tanpa sebarang kos. Anda tidak lagi akan dicaj kadar bayar untuk setiap penggunaan walaupun anda tidak mempunyai sebarang Pelan Data atau sebarang bakul data bonus.

Tune Talkers akan diperuntukkan 10GB kuota data FBI pada 64kbps yang dimuat semula setiap 30 hari dari tarikh pertama pendaftaran.

Adakah ini bermakna tiada lagi caj untuk Bayaran Untuk Setiap Penggunaan (Pay-Per-Use)?

Ya! Dengan FBI, anda tidak lagi akan dicaj kadar bayar untuk setiap penggunaan walaupun anda tidak mempunyai sebarang Pelan Data atau sebarang bakul data bonus.

Jika saya mempunyai Internet Asas Percuma (FBI), bolehkah saya menggunakan Bayaran Untuk Setiap Penggunaan (Pay-Per-Use) sebagai ganti?

Pelanggan yang menggunakan pek TTVP tidak akan dapat menggunakan data bayar untuk setiap penggunaan.

Apakah yang berlaku sekiranya saya telah kehabisan kuota 10GB Internet Asas Percuma (FBI) saya?

Setelah data 10GB FBI kehabisan sebelum kuota disegarkan semula, anda tidak lagi boleh menggunakan sebarang data dan perlu melanggan Pelan Data untuk terus menggunakan internet.

Adakah saya akan dimaklumkan mengenai had penggunaan Internet Asas Percuma (FBI) saya?

Anda akan menerima pemberitahuan SMS daripada kami apabila penggunaan kuota FBI anda mencapai 90% dan 100% daripada kuota yang diperuntukkan.