Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

19 Ogos, 2022 Notifikasi Aplikasi Tanpa Izin Info Lanjut

Kad SIM & eSIM

Apakah itu naik taraf kad SIM 4G?

Naik taraf kad SIM lama anda dengan kad sim terkini dengan rangkaian 4G (Pengguna Tetap Tune Talk)

Adakah saya perlu membuat sebarang pembayaran untuk menaik taraf SIM 4G?

Ya, anda perlu melakukan tambah nilai kredit minimum RM30 seperti yang ditunjukkan dalam borang

Apakah cara pembayaran untuk tambah nilai atas talian?

Transaksi perbankan atas talian dan kad kredit

Bolehkah saya melakukan naik taraf kepada SIM 4G tanpa membuat tambah nilai kredit? Mengapakah saya perlu melakukan tambah nilai kredit?

Tidak, Tambah nilai kredit diperlukan untuk memastikan kad SIM Tune Talk baharu berstatus aktif

Adakah terdapat sebarang penolakan atau bayaran selepas tambah nilai dibuat?

Tiada sebarang penolakan ke atas tambah nilai anda untuk proses naik taraf 4G dan anda akan menerima jumlah penuh tambah nilai dalam sim baharu anda kecuali caj GST untuk pemegang pasport.

Bagaimanakah untuk menerima kad SIM untuk ini?

Selepas menerima panggilan pengesahan daripada Tune Talk, masa penghantaran SIM dianggarkan selama 7 hari waktu bekerja (sebarang kelewatan penghantaran tertakluk kepada terma & syarat penghantaran Pos Laju). Tune Talk tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan sebaik sahaja bungkusan keluar dari pihak kami.

Berapa lamakah proses naik taraf kad SIM?

Ia akan mengambil masa dalam 24-48 jam waktu bekerja.

Apakah yang perlu saya lakukan setelah menerima kad SIM?

Anda mungkin perlu menghubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 13100 atau 03- 27717000 dan memaklumkan kami bahawa anda telah menerima kad sim. Ejen kami akan meneruskan penukaran kad SIM.

Adakah kredit saya akan kekal selepas penggantian kad SIM?

Ya, ia akan kekal mengikut tambah nilai. (Jumlah Penuh) Kecuali pemegang pasport.