Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

19 Ogos, 2022 Notifikasi Aplikasi Tanpa Izin Info Lanjut

Roaming & IDD

Apakah itu Pas Data Roaming Tune Talk?

Pas Data Roaming Tune Talk membolehkan anda melanggan Internet dan merantau untuk kegunaan luar negara.

Apakah yang ditawarkan di Pas Perantauan Tune Talk?
Penerangan Pas Roaming 3-Hari Pas Roaming 1-Hari
Harga RM25.00 RM33.00
Kuota Pelan 2GB Data 50MB – 500MB
Tempoh Sah 75jam 24jam
Pembaharuan automatik Tiada Tiada
Tindih dibenarkan/Pembelian Tambahan Ya Ya
Negara Perantauan 16 Lebih daripada 100 buah negara

*Klik di sini untuk melihat senarai negara

Apakah yang akan berlaku jika saya mempunyai Pas Data 3-Hari yang aktif & sah dan saya pergi ke negara lain yang tidak tersenarai?

Pas Data Roaming 3 Hari hanya sah di negara terpilih yang anda hanya boleh gunakan di satu negara pada satu masa.

Jika anda ingin menikmati data di destinasi negara yang baharu ini, anda hanya perlu melanggan Pas Data Roaming yang tersedia. Selepas pengaktifan Pas baharu ini, ia secara automatik akan menggantian Pas yang diaktifkan sebelum ini di negara sebelumnya.

Apakah itu Roaming Advance Purchase (RAP)?

Anda boleh melakukan ‘pembelian awal’/’pra-langganan’ pas sebelum anda melancong ke luar negara. Anda boleh membeli beberapa pas untuk beberapa negara sebelum anda melancong.

Berapa lamakah saya boleh melakukan RAP sebelum saya ke luar negara?

Semua RAP mesti diaktifkan/digunakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh langganan

Pas Data Roaming yang berjaya sahaja yang akan diaktifkan dan dipaparkan pada Aplikasi Tune Talk sebaik sahaja anda menyambung ke Rangkaian Rakan Kongsi Roaming Tune Talk di negara destinasi

Berapa banyakkah Pas Data Roaming yang saya boleh beli terlebih dahulu (RAP)?

Anda boleh membeli sebanyak 3 Pas Data Roaming untuk kedua-dua pas 1 Hari dan 3 Hari

Bagaimanakah saya boleh melakukan pembelian awal (RAP)?

Semua RAP hanya boleh dilakukan melalui Aplikasi Tune Talk.

Bolehkah saya menggunakan Pas Data Roaming di beberapa negara?

Pas Data Roaming yang dibeli hanya boleh digunakan di negara yang terpilih dengan rangkaian tertentu.

Klik di sini untuk melihat senarai negara masing-masing & Rangkaian Rakan Kongsi Roaming Tune Talk.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk Pas Data Roaming diaktifkan setelah saya melanggannya?

Pertama, anda akan menerima pengesahan SMS apabila langganan berjaya. Kemudian, Pas Data Roaming akan diaktifkan hampir serta-merta selagi anda disambungkan ke Rangkaian Rakan Kongsi Roaming Tune Talk yang betul (tertakluk kepada kualiti sambungan rangkaian semasa titik masa dan lokasi di negara destinasi dengan tetapan APN yang betul).

Bagaimanakah pengaktifan dan tempoh sah RAP berfungsi?

RAP akan mempunyai tempoh sah yang sama seperti Pas semasa anda. Selepas kehabisan Pas semasa, anda akan menerima pemberitahuan SMS. Pas yang tersedia ada akan diaktifkan bersama-sama dengan pengaktifan SMS dan tempoh sah yang baharu akan bermula pada masa pengaktifan.

cth. Sekiranya Pas Data Roaming 3 Hari tersedia anda pada 1 Julai 2019 sambil menikmati baki 700MB daripada 2GB (daripada Pas Data Roaming Data 3 Hari tersedia ada) yang tamat tempoh pada 2 Julai 2019; jika anda menghabiskan baki 700MB pada 3PTG pada 1 Julai 2019, Pas 2GB tersedia ada baharu anda akan diaktifkan serta-merta dan akan tamat tempoh dalam masa 72 jam dari 3PTG, 1 Julai 2019.

Bagaimanakah saya menyemak baki dan tempoh sah Pas Data Roaming saya?

Baki dan tempoh sah boleh disemak melalui Aplikasi Tune Talk atau dengan mendail *138#.

Apakah yang berlaku sekiranya kuota data roaming saya kehabisan? Bolehkah saya menambah atau melanggan kuota lagi?

Jika kuota data Pas Roaming anda habis dalam tempoh sah, data anda akan berhenti mengejut kerana tiada Data Bayar Untuk Setiap Penggunaan (Pay-Per-Use) untuk Roaming. Untuk meneruskannya, anda boleh membeli Pas Data Roaming baharu melalui aplikasi Tune Talk, dail USSD *138# atau SMS.

Bolehkah saya menghentikan langganan Pas Roaming? Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak lagi mahu akses ke internet/data roaming?

Tidak, Pas Data Roaming akan tamat tempoh secara automatik apabila tempoh sah tamat.