Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

Berapakah kos untuk satu mesej teks?

Kosnya adalah RM0.10 per SMS.

Bagaimanakah untuk ketahui apabila saya telah menerima mesej baharu?

Anda akan menerima pemberitahuan pada telefon anda.

Saya menghadapi masalah menerima mesej teks!

Periksa dahulu senarai semak yang disenaraikan dalam soalan (3). Jika itu tidak menyelesaikan masalah anda, sila hantarkan e-mel kepada kami di customer.care@tunetalk.com dengan butiran berikut:

  • Nama penuh
  • Nombor Kad Pengenalan (NRIC) / Pasport
  • Nombor Tune Talk
  • Lokasi anda
Apakah yang akan berlaku jika seseorang menghantar mesej teks yang panjang kepada saya?

Anda mungkin menerima mesej yang telah dipisahkan kepada beberapa bahagian jika telefon bimbit anda tidak menyokong mesej teks yang panjang.

Apakah yang berlaku jika seseorang menghantar mesej teks kepada saya apabila telefon saya dimatikan atau ketika di luar kawasan liputan jaringan?

Dalam kes ini, mesej anda akan disimpan pada server selama 72 jam. Sebaik sahaja anda berada dalam kawasan liputan atau apabila anda menghidupkan semula telefon bimbit anda, mesej akan dihantar seperti biasa. Walau bagaimanapun, sekiranya 72 jam berlalu dan anda masih belum mendapatkan semula mesej anda, ia akan dipadamkan daripada server.

Bagaimanakah saya boleh menghantar mesej teks ke Antarabangsa?

Anda perlu menambah nombor telefon mudah alih antarabangsa sepertimana anda sedang mendailnya apabila anda menghantar mesej teks, iaitu [kod negara] [kod kawasan] [nombor telefon mudah alih] cth.+44 775 3455323

Kenalan saya masih belum menerima sebarang mesej teks yang dihantar.

Mungkin terdapat beberapa sebab ini berlaku:

  • Adakah tetapan mesej teks diaktifkan pada telefon bimbit kenalan anda?
  • Adakah telefon bimbit kenalan anda menghadapi masalah menerima semua mesej, atau hanya dari anda?
  • Lalui proses penyelesaian masalah dalam soalan 3 untuk melihat sama ada masalah itu berpunca dari telefon anda.
  • Jika masalah berterusan, hantarkan e-mel kepada kami di customer.care@tunetalk.com dengan butiran berikut:
    • Nama penuh
    • Nombor Kad Pengenalan (NRIC) / Pasport
    • Nombor Tune Talk
    • Lokasi anda
    • Nombor kawan anda
Apakah itu SMS?

SMS ialah singkatan untuk Khidmat Pesanan Ringkas. Perkhidmatan ini membolehkan anda menghantar mesej teks pendek tidak lebih daripada 160 huruf.

Apakah yang berlaku jika mesej teks saya tidak dapat dihantar?

Anda sepatutnya menerima mesej “penghantaran gagal” pada telefon bimbit anda (ini mungkin berbeza dari telefon ke telefon). Anda mungkin mahu mencuba semula di masa yang lain.

Bagaimanakah untuk menghantar mesej teks?

Untuk kebanyakan telefon bimbit, langkah-langkahnya ialah:

  • Pilih ‘Mesej’
  • Pilih ‘Hantar Kepada’ atau ‘Hantar Baharu’
  • Masukkan nombor telefon mudah alih atau kenalan daripada senarai telefon bimbit anda
  • Pilih ‘Seterusnya’
  • Tulis mesej anda, pilih ‘Seterusnya’
  • Pilih ‘Pilihan’, dan pilih ‘Hantar’.
Saya tidak boleh menghantar Mungkin terdapat beberapa sebab untuk ini:mesej teks!

Mungkin terdapat beberapa sebab untuk ini:

Apakah Status Anda
Panggil *111# pada telefon bimbit anda. Kemudian pilih Pilihan 1 diikuti dengan Pilihan 2. Jika status mengatakan “disekat” maka anda perlu membuat tambah nilai sebelum anda boleh membuat panggilan lain.

Apakah Masa Berbual Saya
Kadangkala ia mungkin semudah tidak mempunyai masa berbual yang mencukupi. Untuk menyemak, hubungi *111# dan pilih Pilihan 1 diikuti dengan Pilihan 1 sekali lagi untuk butiran.

Di manakah Rangkaian Saya
Yang ini senang. Lihat sahaja bar rangkaian telefon anda. Jika tiada bar yang dipaparkan (walaupun 1) maka anda berada di kawasan liputan rendah. Satu-satunya penyelesaian ialah berpindah ke tempat di mana isyarat rangkaian lebih kuat.

Di manakah talian saya
Yang ini memerlukan sedikit pencarian di tetapan telefon anda. Anda perlu menyemak sama ada telefon anda menggunakan Talian 1 atau Talian 2. Jika pada Talian 2, anda perlu menukarnya semula ke Talian 1.
Untuk kebanyakan telefon bimbit, ini bermakna menekan kekunci # sehingga kotak Tukar Talian muncul. Pilih OK untuk meneruskan. Jika tidak, anda mungkin perlu menyemak manual telefon anda.

Apakah Nombor Pusat Mesej Saya
Dalam menu Mesej anda, semak Nombor Pusat Mesej anda. Nombor pusat mesej Tune Talk ialah +60193900045, jadi pastikan nombor itu adalah nombor yang sama.

Terdapat kesesakan Trafik!
Kadangkala rangkaian mungkin hanya terlalu sesak. Ini biasanya berlaku pada musim cuti dan majlis perayaan khas. Terdapat juga gangguan dengan rangkaian. Dalam kedua-dua kes, tidak perlu panik. Hanya hantar mesej teks anda kemudian, mungkin selepas 15-30 minit.

Berapa banyakkah mesej yang boleh disimpan dalam peti masuk saya?

Ini bergantung pada model telefon. Walau bagaimanapun, jika anda menyimpan mesej anda dalam kad SIM anda, ia mungkin boleh menyimpan sehingga dua puluh mesej 160 huruf.

Saya telah dicaj beberapa kali untuk mesej teks terakhir saya! Mengapa?

Ini mungkin berlaku jika anda menulis mesej yang mempunyai lebih daripada 160 huruf (termasuk ruang). Oleh itu, mesej anda akan dihantar mengikut had huruf.

Contoh:
Kami akan berpindah pejabat pada 16 Februari 2009. Ini mungkin akan terdapat masalah dengan sambungan internet kerana rangkaian server masih belum disediakan lagi. Kita mungkin perlu mempertimbangkan untuk bekerja dari rumah untuk satu minggu akan datang.

Jumlah aksara: 255
Jumlah mesej teks yang dihantar: 2
Mesej 1 akan mengandungi 160 huruf pertama, manakala mesej 2 akan mengandungi baki 95 huruf.

Adakah mesej saya akan dipadamkan secara automatik?

Tidak, anda perlu memadamnya secara manual.