Let's chat? - Online

Mencari sesuatu yang lain?

19 Ogos, 2022 Notifikasi Aplikasi Tanpa Izin Info Lanjut
Apakah kelebihan Internet Asas Percuma Tune Talk?

Internet Asas Percuma (“FBI”) ialah perkhidmatan yang membolehkan pengguna Tune Talk yang telah kehabisan pakej data mereka (bonus, internet telefon mudah alih, berbayar atau percuma) atau tidak mempunyai pakej data untuk menikmati sambungan berterusan tanpa sebarang kos.

Tune Talkers akan diperuntukkan 10GB kuota data FBI pada kelajuan 64kbps yang akan disegarkan semula pada 1hb setiap bulan kalendar.

Adakah ini bermakna tiada lagi caj yang akan dikenakan untuk Bayaran Untuk Setiap Penggunaan (Pay-Per-Use)?

Ya! Jika anda mempunyai FBI, anda tidak lagi akan dicaj kadar bayar untuk setiap penggunaan jika anda tidak mempunyai sebarang Pelan Data.

Jika saya sudah mempunyai Internet Asas Percuma (FBI), bolehkah saya memilih Bayaran Untuk Setiap Penggunaan (Pay-per-Use)?

Tidak. Pengguna yang menikmati FBI tidak boleh memilih untuk penggunaan data bayar setiap penggunaan.

Apakah yang berlaku sekiranya saya telah kehabisan kuota 10GB FBI saya?

Setelah 10GB FBI kehabisan, anda tidak lagi boleh menikmati data dan anda perlu melanggan pelan Internet Telefon Mudah Alih yang lain untuk terus menikmati data.

Adakah saya akan dimaklumkan mengenai had penggunaan internet asas percuma (FBI) saya?

Ya. Anda juga akan menerima pemberitahuan SMS daripada kami apabila penggunaan kuota FBI anda pada 90% dan 100%.

Bagaimanakah untuk menyemak status atau baki kuota saya?

Anda boleh menyemak ini dengan mendail *134# (USSD) atau menghantar STATUS FBI ke 2222 atau dalam Aplikasi Tune Talk.

Siapakah yang layak mendapat Internet Asas Percuma?

Internet asas percuma akan tersedia untuk pelanggan baharu selepas 15 Januari 2019, sama seperti pelanggan tetap yang terpilih mengikut fasa bermula dari tarikh yang sama.

Pelanggan yang layak akan dimaklumkan melalui SMS dan anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang disediakan.